Dua individu disyaki pengedar dadah ditahan

DUNGUN, 2 Januari – Dua individu masing-masing seorang lelaki 33 tahun dan seorang wanita 39 tahun ditahan kerana memiliki dadah, di Jalan Felda Kerteh Ketengah Jaya, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua individu, seorang lelaki 33 tahun dan seorang wanita 39 tahun, ditahan di Jalan Felda Kerteh Ketengah Jaya.
  • Polis menemui pil disyaki Yaba seberat 178.68 gram, dianggarkan bernilai kira-kira RM13,401.00.
  • Suspek lelaki positif methamphetamine; suspek wanita negatif dalam ujian saringan.
  • Kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir dalam satu keyataan memaklumkan kedua-dua suspek dipercayai pengedar dadah itu ditahan kira-kira pukul 1.00 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan sejumlah pil disyaki dadah jenis Yaba dengan anggaran berat keseluruhan 178.68 gram bernilai kira-kira RM13,401.00.

“Suspek lelaki berusia 33 tahun didapati positif methamphetamine manakala suspek wanita berusia 39 tahun pula negatif,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua barang rampasan dan suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan dan rangkaian pengedaran yang terlibat.