Doktor rugi RM285,000 terpedaya sindiket penipuan panggilan telefon

Foto fail/RTM

KUANTAN, 27 Januari -Seorang doktor kerugian RM285,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon menyamar sebagai wakil syarikat utiliti terkemuka di Malaysia dan pegawai polis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Doktor berusia 38 tahun diperdaya sindiket panggilan, kehilangan RM285,000 selepas diarahkan ikut arahan suspek.
  • Suspek mendakwa mangsa terlibat kes ubah suai meter, pengubahan wang haram dan penipuan digital; mangsa diminta buat pinjaman untuk siasatan.
  • Polis nasihatkan jangan panik, semak nombor akaun di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum buat transaksi.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 38 tahun itu menerima panggilan
yang mendakwa mangsa telah terlibat dalam kes ubah suai meter elektrik, pengubahan wang haram dan aktiviti penipuan digital.

“Mangsa telah diarahkan untuk terus berhubung dengan suspek serta diminta melaporkan pergerakan harian. Mangsa kemudiannya diarahkan untuk membuat pinjaman kewangan kononnya bagi tujuan siasatan bersama dengan pihak bank,” katanya dalam kenyataan.

Datuk Seri Yahaya menasihati orang ramai agar tidak panik apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali, khususnya yang mendakwa daripada agensi penguat kuasa atau institusi kewangan.

Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.