3,647 hektar kebun getah terbiar dikenal pasti untuk dipulihkan

Datuk Seri Dr. Noraini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat/Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR, 4 November – Sebanyak 3,647 hektar kebun getah matang dikenal pasti untuk dipulihkan menerusi program konsolidasi kebun getah terbiar setakat bulan lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program konsolidasi mengaktifkan semula kebun getah terbiar bagi meningkatkan produktiviti sektor getah negara.
  • Kerja pemulihan bagi 78 hektar telah selesai dan sedang disahkan oleh Lembaga Getah Malaysia sebelum penorehan dimulakan.
  • Sasaran pemulihan 3,000 hektar tahun ini dilaksanakan berperingkat dengan penglibatan syarikat konsolidasi dan EMC yang memohon.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, program itu bertujuan mengaktifkan semula kebun yang tidak diusahakan bagi meningkatkan produktiviti sektor getah negara.

“Setakat Oktober 2026, sebanyak 3,647 hektar kawasan kebun matang telah dikenal pasti untuk pelaksanaan program ini, manakala kerja pemulihan bagi 78 hektar dah selesai dipulihkan dan kini dalam proses pengesahan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebelum aktiviti penorehan dimulakan,” katanya.

Beliau berkata, program berkenaan menyasarkan pemulihan 3,000 hektar kebun getah tahun ini dan dilaksanakan secara berperingkat dengan penglibatan syarikat konsolidasi.

Setakat ini, sebanyak 14 Syarikat Pengurusan Pengeksportan (EMC) telah mengemukakan permohonan untuk menyertai program berkenaan dengan syarikat ke-14 diluluskan pada 24 September lalu.

Datuk Seri Dr. Noraini menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.