Cederakan isteri, lelaki ditahan

Foto hiasan

SARATOK, 24 Mei -Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes mencederakan isterinya di Krian, di sini, Khamis lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berusia 29 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul suaminya di rumah mereka.
  • Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa enggan memberi RM30 diminta suspek untuk membeli bekalan dadah.
  • Suspek memukul mangsa beberapa kali pada muka, kepala dan belakang; mangsa mengalami kecederaan serta bengkak pada kening dan pipi.
  • Suspek positif methamphetamine dan amphetamine; kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 18A; suspek menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie dalam satu kenyataan berkata, mangsa berusia 29 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul suaminya di rumah mereka

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa enggan memberikan wang tunai sebanyak RM30 yang diminta suspek untuk membeli bekalan dadah.

“Suspek kemudian didakwa bertindak memukul mangsa beberapa kali pada bahagian muka, kepala dan belakang badan menggunakan tangan,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan serta bengkak pada bahagian kening kanan dan kiri selain pipi kiri.

Hasil siasatan lanjut turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Suspek telah menyerah diri bagi membantu siasatan lanjut polis.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.