fb fb fb fb fb

Imigresen Johor tahan warga asing miliki pasport pelbagai negara

FOTO IMIGRESEN JOHOR

JOHOR BAHRU, 4 Januari- Seorang juruwang lelaki warganegara Bangladesh antara lima warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Johor, dipercayai memiliki pasport antarabangsa pelbagai negara, dalam satu operasi malam semalam di Taman Abad, Johor Bahru.

Turut ditahan dua lelaki Bangladesh dan dua wanita Indonesia berusia antara 22 hingga 45 tahun, yang juga bekerja di premis sama.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir dalam kenyataannya berkata, ketika serbuan, pihaknya menjumpai enam passport antarabangsa Bangladesh dan India yang disimpan di dalam laci sebuah bilik.

Dua wanita Indonesia ditahan mengikut 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri.

Dua lagi lelaki Bangladesh ditahan mengikut peraturan 17(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas dikeluarkan.

Manakala juruwang Bangladesh ditahan mengikut seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (akta 155), bagi kesalahan memberi kebenaran PATI berada di dalam premis serta seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966 (akta 150).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE