fb fb fb fb fb

GISBH: Polis Selangor kerjasama rapat MAIS, JAIS

Hussein Omar Khan / Foto RTM

KLUANG, 22 September- Polis Selangor terus menjalin kerjasama erat dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), khususnya dalam perkongsian maklumat berkaitan isu Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di negeri itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menegaskan bahawa sejak awal, pihaknya telah memberikan kerjasama penuh bagi membantu proses siasatan.

"Dari awal lagi, memang Polis Selangor bekerjasama dengan MAIS dan JAIS dalam perkongsian maklumat berhubung perkara ini (GISBH). Jadi, saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana ini adalah ‘task force’ bersepadu di bawah Bukit Aman. Apa yang saya boleh tegaskan ialah memang ada kerjasama dalam perkongsian maklumat antara Polis Selangor, MAIS, dan JAIS, yang melibatkan aktiviti di Selangor," katanya kepada pemberita selepas program Larian Marathon Selangor Police Integrity 2024 di Stadium Sultan Suleiman di sini.

Beliau turut mengulas titah Sultan Selangor yang menzahirkan rasa dukacita mengenai isu yang sedang tular itu.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sementara itu, Hussein Omar memaklumkan bahawa kes kematian penyanyi Muhammad Nidza Afham Mokhtar bulan lalu masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Siasatan setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah, jadi kes masih disiasat di bawah SDR. Siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada pendakwa raya dalam masa terdekat," katanya.

Pada Ogos lalu, penyanyi berusia 23 tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar berjoging, namun mayatnya ditemukan di Sungai Klang pada keesokan harinya.

BERITA BERKAITAN:

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM