KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Punca kematian Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar adalah 'Pending Laboratory Investigation' dan tiada kecederaan fizikal.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menerusi kenyataan berkata siasatan diteruskan sebagai mati mengejut.
Katanya, ia adalah keputusan bedah siasat Allahyarham yang dijalankan kira-kira pada pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang tadi.
Hussein meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
BERITA BERKAITAN: