Dua juruterbang terkorban pesawat kargo terhempas di Filipina

Helikopter terhempas di Filipina mengorbankan dua juruterbang /Foto REUTERS

MANILA, 2 April – Dua juruterbang maut pada Khamis apabila pesawat kargo udara yang dikendalikan mereka terhempas di luar perimeter sebuah lapangan terbang di Barangay Decalacho di Coron, Palawan, Filipina, menurut Kumpulan Keselamatan Penerbangan Polis Kebangsaan Filipina (PNP-ASG), lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11 pagi di luar perimeter Lapangan Terbang Busuanga.
  • Pesawat terhempas dan meletup sebaik sahaja berlepas selepas memuatkan produk ikan hidup.
  • Mayat kru ditemui sekitar pukul 3 petang semasa operasi mencari dan menyelamat; landasan ditangguhkan kemudian disambung semula.

PNP-ASG memaklumkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan di luar perimeter Lapangan Terbang Busuanga.

Siasatan awal mendapati pesawat berkenaan tiba-tiba terhempas dan meletup sebaik sahaja  berlepas selepas mengambil produk ikan hidup. Mayat juruterbang dan pembantu juruterbang ditemukan kira-kira pukul  3 petang semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Operasi landasan lapangan terbang berkenaan digantung buat sementara waktu susulan nahas itu, namun telah disambung semula. – BERNAMA-XINHUA

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.