SHAH ALAM, 22 September- Seramai 29 individu yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) ditahan reman hari ini di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Mereka direman sehingga tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Permohonan reman ke atas semua individu berusia antara 19 hingga 62 tahun itu dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar, Md Subri Hashim.
Mereka ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, IPD Subang Jaya, dan IPD Petaling Jaya.
Kesemua individu, yang terdiri daripada 13 lelaki dan 16 wanita, tiba di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 11.30 pagi tadi.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
BERITA BERKAITAN:
- GISBH: Polis Selangor kerjasama rapat MAIS, JAIS
- JAIPs dan PDRM rampas 63 barangan berkaitan GISBH dalam dua siri serbuan di Perlis
- Hasil rampasan jadi bahan bukti sokongan, tentukan status akidah pengikut GISBH
- Kedai GISBH di Terengganu banyak ditutup
- GISBH: Enam kitab berkaitan Al-Arqam dirampas JHEAIPP
- GISBH : Sultan Selangor dukacita, titah tindakan tegas pihak lakukan jenayah libat kanak-kanak, ajaran sesat
- Polis serbu tiga rumah keluarga CEO GISBH di Kelantan
- Polis tahan 31 individu termasuk 17 berjawatan di GISBH
- Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai ada kaitan GISBH
- Bekas anggota dedah doktrin ketaatan, pengabaian pendidikan GISBH
- Eksploitasi kanak-kanak, CEO GISBH antara 19 direman
- Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai ada kaitan GISBH
- Produk GISBH di media sosial: MCMC tidak terima aduan
- Bekas anggota dedah doktrin ketaatan, pengabaian pendidikan GISBH
- JAKIM adakan libat urus, dapatkan pengesahan status anak-anak GISBH
- Semua premis GISBH dalam radar pihak berkuasa negeri