
FLORIDA, 25 Mac – Pemain tuan rumah, Frances Tiafoe mara ke suku akhir Terbuka Miami buat kali pertama sejak 2019 selepas menewaskan Terence Atmane dari Perancis.
- Tiafoe menang 6-4, 1-6, 6-4 dalam perlawanan pusingan keempat.
- Tiafoe lebih konsisten dengan hanya satu double fault berbanding tiga oleh lawan.
- Tiafoe dijadual berdepan jaguh nombor dua dunia, Jannik Sinner di suku akhir.
- Francisco Cerundolo menyingkirkan Ugo Humbert 6-4, 6-3 dan akan berdepan Alexander Zverev.
Pilihan ke-19 itu mencatat kemenangan 6-4, 1-6, 6-4 dalam perlawanan pusingan keempat.
Saingan menyaksikan Atmane mencatatkan lapan pukulan ‘ace’, mengatasi enam yang direkodkan Tiafoe.
Namun, Tiafoe tampil lebih konsisten apabila hanya melakukan satu kesilapan ‘double fault’ berbanding tiga dilakukan lawannya.
Pemain berusia 28 tahun itu dijadual berdepan jaguh nombor dua dunia, Jannik Sinner dalam aksi suku akhir.
Sementara itu, pemain Argentina, Francisco Cerundolo yang juga pilihan ke-18 turut ke suku akhir apabila menyingkirkan pemain Perancis, Ugo Humbert 6-4, 6-3.
Cerundolo akan berdepan jaguh Jerman, Alexander Zverev yang menghuni ranking keempat dunia bagi merebut tempat ke separuh akhir. – REUTERS