117 tahanan dari pelbagai negara, dihantar pulang ke negara asal – JIM Johor

Foto FB Jabatan Imigresen Negeri Johor

PONTIAN, 25 Mac – Seramai 117 tahanan dari pelbagai negara, dihantar pulang ke negara masing-masing, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) dan (KLIA 2), Terminal Feri Stulang Laut serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, minggu
lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebanyakan tahanan adalah warganegara Indonesia, diikuti warga Bangladesh, Thailand dan Singapura.
  • Tiket perjalanan ditanggung melalui simpanan peribadi, sumbangan keluarga dan bantuan kedutaan untuk kes tertentu.
  • Pemindahan Pendatang Asing Tanpa Izin menjadi aktiviti utama depot bagi mengelakkan lambakan tahanan selepas menjalani hukuman.

Daripada jumlah itu, 96 tahanan merupakan warganegara Indonesia, 17 warga Bangladesh, tiga warga Thailand dan seorang warganegara Singapura.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor menerusi kenyataan di Facebook, tiket setiap tahanan, dibiaya daripada simpanan peribadi, sumbangan ahli keluarga dan ditanggung kedutaan negara berkenaan, bagi kes tertentu.

Pemindahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian dalam usaha memastikan tiada lambakan tahanan yang selesai menjalani hukuman di negara ini.