Presiden Jerman kecam serangan AS-Israel ke atas Iran

Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier/Foto AFP

BERLIN, 25 Mac – Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, menyifatkan serangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa serta satu kesilapan politik yang serius.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konflik boleh dielakkan dan tidak perlu jika matlamatnya mencegah Iran membangunkan senjata nuklear.
  • Undang-undang antarabangsa kekal sebagai rangka peraturan dan sumber legitimasi bagi Jerman serta Kesatuan Eropah.
  • Eropah mesti kurangkan kebergantungan keselamatan dan teknologi; mencapai kedaulatan adalah projek jangka panjang yang tidak boleh ditangguhkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ulang tahun ke-75 penubuhan semula Kementerian Luar Jerman pada Selasa.

Menurutnya, konflik tersebut boleh dielakkan dan tidak perlu berlaku sekiranya matlamatnya adalah untuk menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear.

“Undang-undang antarabangsa kekal sebagai rangka kerja peraturan dan sumber legitimasi bagi Jerman serta Eropah.

“Eropah akan kehilangan asasnya dalam dunia tanpa undang-undang dan peraturan, memandangkan Kesatuan Eropah dibina atas prinsip tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan keperluan Eropah mengurangkan kebergantungan dalam aspek keselamatan dan teknologi, sambil menyifatkan usaha mencapai kedaulatan sebagai projek jangka panjang yang tidak boleh lagi ditangguhkan. – REUTERS