Status bencana kemarau Tawau ditarik semula, berkuat kuasa serta-merta

Foto hiasan/ BERNAMA

TAWAU, 25 Mac – Pengisytiharan bencana kemarau di daerah Tawau ditarik semula berkuat kuasa serta-merta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat selaras pandangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri selepas semakan dan pemantauan terkini oleh pihak berkuasa.
  • Bekalan air dan keadaan cuaca dilaporkan terkawal serta stabil, namun isu kekurangan air di Pulau Sebatik masih membimbangkan.
  • Pihak berkuasa akan meneruskan pemantauan dan orang awam dinasihat rujuk saluran rasmi serta terus mengamalkan penggunaan air berhemah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau, Tuan Joseph Pang, memaklumkan keputusan itu dibuat selaras dengan pandangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah selepas semakan dan pemantauan terkini dijalankan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata keadaan semasa di Tawau didapati tidak lagi memenuhi kriteria sebagai bencana kemarau seperti yang ditakrifkan.

Bekalan air serta keadaan cuaca juga dilaporkan berada dalam keadaan terkawal dan stabil.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan isu kekurangan air masih membimbangkan di kawasan Pulau Sebatik dan akan terus diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, pihaknya akan meneruskan pemantauan serta mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bagi memastikan situasi kekal terkawal.

Orang awam turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat lama yang tidak lagi sahih, sebaliknya merujuk kepada saluran rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Dalam masa sama, penduduk diseru supaya terus mengamalkan penggunaan air secara berhemah.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai dalam memastikan pengurusan sumber air berjalan lancar.