fb fb fb fb fb

Eksploitasi kanak-kanak, CEO GISBH antara 19 direman

Ketua Pegawai Eksekutif GISBH serta isteri antara 19 individu yang ditahan reman tujuh hari

SHAH ALAM, 19 September- Ketua Pegawai Eksekutif GISBH serta isteri antara 19 individu yang ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes eksploitasi kanak-kanak.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas membenarkan permohonan pihak polis di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita.

Meraka akan ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan mengenai tangkapan yang dibuat menerusi Op Global awal pagi tadi.

Ia susulan laporan rumah amal kendalian syarikat itu didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI