fb fb fb fb fb

Zee Avi meriahkan Festival Jazz Kuching Oktober depan

Foto RTM

KUCHING 17 Julai- Festival Jazz Kuching 2024 bakal menggegarkan pencinta muzik Jazz pada 4 hingga 5 Oktober ini di Tebingan Sungai Kuching Grang Margherita.

Ketua Pegawai Eksekutif Hemisphere Corporation Sendirian Berhad, Mark Ferguson memberitahu festival tahun ini menjanjikan acara yang luar biasa, dengan menyatukan bakat muzik dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Ujarnya lagi, kali ini beberapa acara sampingan telah disusun atur antaranya, Kempen ‘Love in A Box’, Pertandingan Jazz, Kempen Derma Darah dan Makan Malam Gala Charity Jazz yang akan bermula dari 28 September sehingga sehingga 5 Oktober.

Beliau memberitahu demikian dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Laman Sesawang Festival Jazz Kuching 2024 yang dilancarkan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain di Kuching malam tadi.

Antara pemuzik tempatan yang akan turut serta dalam festival tersebut ialah Zee Avi, Swaiv dan Sang Timur.

Katanya, artis-artis antarabangsa akan diumumkan dari semasa ke semasa menjelang festival berkenaan.

Orang ramai boleh membeli tiket dari laman sesawang Festival Jazz Kuching 2024 dengan harga RM150.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD