UiTM cawangan Kedah longgar syarat pendaftaran kepada pelajar B40

Rektor UiTM Cawangan Kedah, Profesor Madya Dr. Mahazir Ismail.

KULIM, 26 JUN – Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kedah melonggarkan syarat pendaftaran kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelajar boleh mendaftar tanpa membayar yuran pendaftaran terlebih dahulu.
  • Baki yuran boleh diselesaikan sehingga pertengahan Disember, tarikh akhir 19 Disember.
  • Rektor tekankan kebajikan pendidikan Bumiputera keutamaan; kenyataan bahawa tiada bayaran menolak kemasukan pelajar tidak bertanggungjawab.

Bakal mahasiswa terlibat kini dibenarkan mendaftar masuk ke UiTM tersebut tanpa perlu membayar yuran pendaftaran.

Rektor UiTM Cawangan Kedah, Profesor Madya Dr. Mahazir Ismail menegaskan, kebajikan pendidikan khususnya kepada Bumiputera sentiasa menjadi keutamaan pihak universiti.

Menurut beliau, pelajar  yang berdepan kekangan kewangan diberikan tempoh sehingga pertengahan Disember ini bagi menyelesaikan baki yuran pengajian mereka.

“Berkaitan dgn yuran UiTM ini, pelajar tidak perlu risau. Mereka boleh daftar dahulu pada 23 Jun nanti tanpa perlu bayar yuran. Mereka boleh bayar kemudian pada 19 Disember.

“Pihak yang menyatakan bahawa tidak bayar yuran tak boleh masuk universiti itu merupakan satu kenyataan tidak bertanggungjawab. Jangan takutkan pelajar terutamanya di UiTM sebab kita masih lagi boleh terima pelajar yang tidak mampu. Masuk dulu, bayar kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada dua pelajar menerusi Program Ziarah Kasih 2.0 di Padang Serai.

Hadir sama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM cawangan Kedah YM Tunku Nashril Tunku Abaidah.

Lebih 400 pelajar baharu dijangka mendaftar pada sesi kemasukan di UiTM cawangan Kedah kali ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.