KUALA LUMPUR, 13 Jun- Unit Drama RTM bakal tampil dengan telemovie bertajuk "Sebelum Sesuatu” bersempena Sambutan Hari Bapa, Jun ini.
Telemovie berkenaan berkisar tentang tanggungjawab terakhir seorang bapa untuk menjadi wali kepada anak perempuannya.
Telemovie yang mewarnai slot panggung RTM itu bakal menemui peminat 22 Jun ini, pada pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1 dan RTMKlik.
Naskhah Azrie Izham Hamzah dengan arahan Danny Alamsyah itu menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Ahdiyat, Ika Nabila dan Johan As’ari.
Ini termasuk Amerul Affendi, Khai Sabri, Fazlina Ahmad Daud, dan Ashraf Muslim.
Babak sedih bapa dalam telemovie "Sebelum Sesuatu”