
KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan MADANI, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang sebagai langkah penting memperkukuh kestabilan politik serta menjamin kelangsungan pentadbiran negara.
- Pastikan agenda pembangunan dan pelaksanaan Belanjawan 2027 diteruskan demi kepentingan rakyat.
- Perbezaan pandangan tidak harus menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik.
- Kematangan politik menuntut semua pihak utamakan negara daripada politik sempit demi keamanan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat.
- Diharapkan persefahaman ini menjadi asas kerjasama konstruktif, memperkukuh keyakinan demokrasi serta membuka ruang untuk negara lebih baik.
Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beliau berkata persefahaman itu turut membuka ruang bagi memastikan agenda pembangunan negara, termasuk pelaksanaan Belanjawan 2027, dapat diteruskan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.
“Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan tidak seharusnya menghalang usaha membina masa depan yang lebih baik.
“Sebaliknya, kematangan politik menuntut semua pihak meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit, demi memastikan Malaysia terus aman, stabil dan maju serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya.
Beliau berharap persefahaman itu menjadi asas kepada kerjasama yang konstruktif, memperkukuh keyakinan terhadap proses demokrasi serta membuka ruang untuk membina Malaysia yang lebih baik untuk semua.