KUALA LUMPUR, 28 November - Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik.
Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan 'kuasa'nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya.
Stacy menyifatkan "Mega Ching!" sebagai karya ‘fun’, bertenaga dan menjadi penyuntik keyakinan dengan mesej “Bring it on!”.
Menurutnya, lagu tersebut melalui proses pembikinan teliti selama hampir lima bulan sebelum dimuktamadkan. Stacy juga mengesahkan
"Mega Ching!" adalah sebahagian daripada projek album baharu yang sedang dirakam.
Single “Mega Ching!” terbitan Nova Music Malaysia boleh distrim mulai 28 November 2025, manakala video lirik rasmi akan dilancarkan di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment pada pukul 8 malam hari sama.