fb fb fb fb fb

Filem Syaitan Munafik ditayang esok

Filem itu mengambil masa yang terlalu lama untuk ditayangkan kerana beberapa masalah teknikal.

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Filem Syaitan Munafik arahan Allahyarham Majed Seleh bakal ditayang esok.

Penerbitnya, Datuk Mohd Rosdi Shair berkata filem terbitan United Nine Creative Sdn Bhd itu menelan kos pembikinan berjumlah RM1.7 juta.

Filem itu mengambil masa yang terlalu lama untuk ditayangkan kerana beberapa masalah teknikal.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja penstrukturan semula filem berkenaan yang dibuat dengan sangat baik.

Ia termasuk tambahan babak baru tetapi tetap mengekalkan jalan cerita yang ada.

"Kita tidak takut untuk bersaing sebab kita yakin cerita begini tidak terlalu berat, cuma menghiburkan. Orang tanya kenapa pilih filem ini, filem itu cerita masyarakat yang berlaku zaman kita kecil dulu," kata Mohd Rosdi kepada pemberita di sini.

Filem tersebut menampilkan pelakon Indonesia, Dea Lestari disamping pelakon hebat tanah air seperti Allahyarham Ashraf Sinclair, Bandi Amuk, Faizal Hussein, Ruminah Sidek dan Datuk Jalaluddin Hassan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM