Kenny G hiburkan peminat jazz di Malaysia Julai ini

Jelajah dunia “King of Saxophone” Kenny G

KUALA LUMPUR, 13 Mei- Pemain saksofon terkenal dunia, Kenny G bakal menemui peminat muzik jazz di Malaysia pada Julai ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konsert dijadualkan 12 Julai di Genting Highlands.
  • Pemenang Anugerah Grammy dengan jualan album melebihi 75 juta unit di seluruh dunia.
  • Persembahan instrumental menonjolkan gaya melodi lembut dan emosional, menawarkan pengalaman muzik bertaraf antarabangsa.

Konsert jelajah dunia “King of Saxophone” yang dibawakan beliau dijadualkan berlangsung di Genting Highlands pada 12 Julai ini.

Pemenang Anugerah Grammy itu dikenali sebagai antara pemuzik jazz instrumental paling berpengaruh dengan rekod jualan album melebihi 75 juta unit di seluruh dunia.

Antara karya popular beliau termasuk “Songbird”, “Forever in Love” dan “Silhouette” yang terus menjadi pilihan peminat sejak beberapa dekad lalu.

Sepanjang lebih 40 tahun kerjaya, Kenny G telah bekerjasama dengan beberapa artis antarabangsa termasuk Celine Dion, Andrea Bocelli, Andy Lau, Kanye West, The Weeknd dan Charlie Puth.

Selain dikenali menerusi dokumentari “Listening to Kenny G” (2021), beliau turut mencatat rekod dunia bagi not E-flat berterusan paling lama iaitu hampir 46 minit.

Kemunculan beliau di Malaysia dijangka menampilkan persembahan instrumental yang menonjolkan keunikan gaya muziknya dengan susunan melodi yang dikenali luas sebagai lembut dan menyentuh emosi, sekali gus menawarkan pengalaman muzik bertaraf antarabangsa kepada penonton.