Gempa kuat landa Laut Banda

Foto METMalaysia

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 dikesan berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 1.53 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia memaklumkan gempa berlaku pada koordinat 6.3 darjah selatan dan 130.8 darjah timur.
  • Gempa dicatatkan pada kedalaman 160 kilometer.
  • Lokasi kejadian sekitar 403 km tenggara Ambon, Indonesia.
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada koordinat 6.3 darjah selatan dan 130.8 darjah timur dengan kedalaman 160 kilometer (km).

Gempa berkenaan berlaku pada jarak 403 km tenggara dari Ambon, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.