Taiwan jalankan latihan menembak, usaha sekat kehadiran musuh

Foto REUTERS

TAIPEI, 15 Mei – Tentera Taiwan menjalankan latihan menembak di daerah Kinmen sebagai latihan pertahanan terhadap kehadiran musuh di pulau berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penggunaan peluru berpandu Javelin, meriam howitzer, kereta kebal M60A3 dan kenderaan perisai CM21 dalam latihan.
  • Menggabungkan batalion artileri dan unit kereta kebal untuk menguji keupayaan koordinasi antara aset tempur.
  • Latihan bertujuan memperkukuh keupayaan tindak balas segera dan diadakan sebelum lawatan Donald Trump ke Beijing ketika ketegangan meningkat.

Menurut laporan Youth Daily News, media rasmi Kementerian Pertahanan Taiwan, latihan yang diadakan berhampiran Lapangan Terbang Kinmen itu melibatkan penggunaan peluru berpandu Javelin, meriam howitzer, kereta kebal M60A3 dan kenderaan perisai CM21.

Latihan tersebut menggabungkan beberapa unit termasuk batalion artileri dan kereta kebal bagi menguji keupayaan koordinasi antara pelbagai aset tempur.

Usaha itu bertujuan memperkukuh keupayaan tindak balas segera di medan perang menerusi latihan yang dilaksanakan dalam suasana menyerupai situasi sebenar.

Latihan berkenaan diadakan sebelum Presiden Donald Trump tiba di Beijing untuk mengadakan rundingan yang dipantau rapat oleh Taiwan, ketika ketegangan ketenteraan dan retorik antara China dan Taiwan terus meningkat.-REUTERS