fb fb fb fb fb

Afrita teruja galas tugas penting dipilih sebagai Timbalan CDM bagi Sukan SEA Hanoi

(Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 11 Mac - Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Afrita Ariany Nasril akui teruja selepas dipilih untuk mengalas tanggungjawab sebagai Timbalan Chef de Mission (CDM) negara bagi Sukan SEA Hanoi, Mei ini.

Beliau bakal membantu CDM, Datuk Nur Azmi Ahmad pada temasya dwi tahunan itu.


(Afrita Ariany ditemu bual menerusi panggilan video ketika diminta mengulas mengenai beliau dilantik Timbalan Chef de Mission negara)

"Jadi satu penghormatan kepada saya sebenarnya diberikan amanah dan tanggungjawab berada di sisi CDM yang Datuk Azmir jadi satu penghormatan yang besar dan saya akan melakukan yang terbaik untuk kontinjen Malaysia," Afrita Ariany kepada RTM, di sini.

Setakat ini, seramai 584 orang atlet dan 199 orang pegawai tidak termasuk sukan Olahraga, E-Sports dan Mendayung akan menyertai Sukan SEA Hanoi 2022 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 23 Mei ini.

 

Media Baharu