
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Sempena Hari Ibu hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengucapan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh Malaysia.
- Terima kasih kepada ibu yang menjadi tulang belakang keluarga dan inspirasi, perwira sebenar dalam masyarakat.
- Peranan ibu adalah perjalanan mencabar namun penuh keberkatan, memikul amanah dengan ketabahan.
- Tema "Seteguh Kasih Ibu" menghargai keteguhan kasih sayang serta pengorbanan ibu.
Teo Nie Ching menerusi hantaran di laman Facebook rasminya menyifatkan peranan seorang ibu sebagai satu perjalanan yang mencabar namun penuh keberkatan
“Menjadi seorang ibu di samping menjalankan amanah buat negara adalah satu perjalanan yang mencabar namun penuh dengan keberkatan,” katanya
Beliau menegaskan bahawa gelaran ‘ibu’ merupakan anugerah terindah yang mengajar erti kesabaran, pengorbanan dan kasih sayang tanpa syarat.
“Terima kasih kepada semua ibu yang sentiasa menjadi tulang belakang keluarga dan inspirasi kepada masyarakat. Anda adalah perwira sebenar,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sambutan Hari Ibu tahun ini disambut dengan tema “Seteguh Kasih Ibu”, yang menzahirkan penghargaan terhadap keteguhan kasih sayang dan pengorbanan golongan ibu di seluruh negara.