
BEIRUT, 17 April – Gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan Lubnan mula berkuat kuasa hari ini, namun Israel dilaporkan belum bersedia berundur dari selatan Lubnan sepanjang tempoh tersebut.
- Konflik tercetus pada 2 Mac apabila Hizbullah melancarkan serangan roket sebagai sokongan kepada Iran.
- Lebih 2,000 terbunuh dan lebih satu juta penduduk terpaksa berpindah sejak konflik bermula.
- Israel menguasai beberapa kawasan selatan Lubnan dan berhasrat mengekalkan zon keselamatan berhampiran sempadan.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata gencatan senjata itu bermula tengah malam waktu tempatan selepas perbincangan dengan Benjamin Netanyahu, dan Presiden Lubnan, Joseph Aoun.
Zionis Israel tetap dengan pendirian enggan berundur dari kawasan selatan Lubnan walaupun gencatan senjata dilaksanakan.
Konflik di Lubnan tercetus pada 2 Mac lalu apabila Hizbullah melancarkan serangan roket sebagai sokongan kepada Iran.
Menurut Lubnan, lebih 2,000 orang terbunuh manakala lebih satu juta penduduk terpaksa berpindah sejak konflik itu.
Israel dilaporkan menguasai beberapa kawasan di selatan Lubnan dan berhasrat mengekalkan zon keselamatan berhampiran sempadan.
Hizbullah menegaskan sebarang gencatan senjata tidak boleh memberi kebebasan pergerakan kepada tentera Israel di wilayah Lubnan.
Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, menyambut baik gencatan senjata itu dan menyifatkannya sebagai langkah penting ke arah keamanan.
Perkembangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk meredakan konflik serantau termasuk rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran. — AFP