
WASHINGTON, 17 April – Presiden Lubnan, Joseph Aoun dan pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu dijangka bertemu di White House minggu depan.
- Trump mengesahkan dan berkata beliau telah bercakap dengan kedua pemimpin melalui panggilan telefon.
- Fokus pertemuan ialah usaha menamatkan konflik antara kedua pihak termasuk isu berkaitan kumpulan Hizbullah.
- Gencatan senjata antara Lubnan dan Israel bermula semalam untuk tempoh 10 hari.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika mengesahkan perkara itu berkata, pertemuan diadakan susulan gencatan senjata terbaharu yang dimeterai kedua-dua pihak berkenaan.
“Mereka dijangka datang ke White House dalam tempoh empat atau lima hari lagi. Ia akan menjadi pertemuan pertama Joseph dan Benjamin dalam tempoh lebih empat dekad.
“Saya telah bercakap dengan mereka menerusi panggilan telefon,” katanya.
Fokus pertemuan dijangka tertumpu kepada usaha menamatkan konflik antara kedua-dua pihak termasuk isu berkait kumpulan Hizbullah.
Sekiranya perjanjian damai antara Lubnan dan Israel dimeterai di Pakistan, Trump tidak menolak kemungkinan untuk turut berada di negara itu bagi menyaksikan detik penting tersebut.
Gencatan senjata antara Lubnan dengan Israel berlangsung selama 10 hari mulai Jumaat. – AFP