Ribut petir landa beberapa negeri hingga 9 malam

Gambar janaan AI

KUALA LUMPUR, 18 November – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga pukul 9 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pahang terlibat: Rompin, Bera, Maran, Temerloh, Bentong, Raub dan Cameron Highlands.
  • Selangor: Gombak, Petaling, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sabak Bernam; Negeri Sembilan: Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah.
  • Kriteria amaran MetMalaysia: hujan melebihi 20 milimeter sejam atau berterusan lebih sejam; amaran jangka pendek sah sehingga enam jam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), di Pahang, kawasan terlibat ialah Rompin, Bera, Maran, Temerloh, Bentong, Raub dan Cameron Highlands.

“Di Selangor, amaran melibatkan Gombak, Petaling, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sabak Bernam, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah.

“Di Johor, kawasan terlibat ialah Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat,” menurut MetMalaysia.

Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Limbang, Kapit, Tatau di Bintulu serta Marudi di Miri.

Amaran turut membabitkan seluruh negeri Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam, merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.