Perlanggaran dua kereta api ke Machu Picchu ragut satu nyawa

LIMA, 31 Disember -Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 40 orang cedera selepas dua kereta api bertembung di laluan menuju ke Machu Picchu, menurut pihak berkuasa Peru.

RINGKASAN BERITA AI
  • Satu konduktor kereta api maut dalam perlanggaran di laluan menuju Machu Picchu.
  • Sekurang-kurangnya 40 orang cedera, kebanyakan pelancong asing dengan kecederaan serius.
  • 12 ambulans dan petugas perubatan dikejarkan ke kawasan pergunungan Andes.
  • Punca perlanggaran masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa Peru.

Menurut pejabat pendakwa raya di Cusco, mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai konduktor salah sebuah kereta api terbabit.

Pihak berkuasa berkata mereka sedang mengenal pasti penumpang yang cedera, kebanyakannya pelancong asing, dengan majoriti dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Sekurang-kurangnya 12 ambulans bersama petugas perubatan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak di kawasan pergunungan Andes.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – AFP