Kos penghantaran kontena ke Asia Barat terus meningkat akibat konflik

Foto AFP

SEOUL, 15 September – Kos penghantaran kontena dari Korea Selatan ke Asia Barat terus meningkat pada Ogos berikutan konflik geopolitik yang berpanjangan di rantau itu, lapor Agensi Berita Yonhap memetik agensi kastam pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kos penghantaran ke Asia Barat meningkat 1.7% pada Ogos kepada 8.83 juta won bagi kontena 40 kaki.
  • Kos ke Pantai Barat AS naik 0.5% kepada 8.58 juta won; Pantai Timur melonjak 24.8% kepada 9.97 juta won.
  • Kos ke Kesatuan Eropah turun 9.4% kepada 5 juta won; angka termasuk tambang, komisen dan caj lain.

Menurut data Perkhidmatan Kastam Korea, purata kos penghantaran bagi kontena 40 kaki dari Korea Selatan ke Asia Barat meningkat 1.7 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 8.83 juta won (US$6,544) pada Ogos.

Angka itu terus meningkat sejak Mac.

Purata kos penghantaran kontena ke Pantai Barat Amerika Syarikat (AS) turut meningkat 0.5 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 8.58 juta won, manakala kos penghantaran ke Pantai Timur AS melonjak 24.8 peratus kepada 9.97 juta won.

Sebaliknya, kos penghantaran ke Kesatuan Eropah (EU) turun 9.4 peratus kepada lima juta won.

Menurut agensi itu, angka berkenaan merangkumi kadar tambang, komisen dan caj lain yang dilaporkan oleh pengeksport tempatan.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.