Korea Selatan laksana langkah kecemasan susulan kenaikan harga minyak

Foto REUTERS

Korea Selatan, 24 Mac – Korea Selatan melaksanakan langkah kecemasan bagi menstabilkan bekalan bahan api susulan kenaikan harga minyak global akibat ketegangan di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gangguan penghantaran melalui Selat Hormuz menjejaskan bekalan minyak, laluan membawa kira-kira satu perlima bekalan dunia.
  • Kenaikan harga minyak menjejaskan logistik; pemandu lori beratur panjang dan bersiap untuk kos operasi yang meningkat.
  • Kerajaan memberi subsidi, kawal harga dan melepaskan stok simpanan untuk mengekalkan kelancaran rantaian bekalan.
  • Bergantung kira-kira 70% bekalan kepada Asia Barat, Korea terdedah kepada gangguan berpanjangan dan kenaikan kos sara hidup.

Perkembangan itu didorong gangguan penghantaran tenaga melalui Selat Hormuz, laluan penting yang membawa kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia.

Kenaikan harga minyak mentah global turut memberi kesan kepada sektor logistik, dengan pemandu lori dilihat beratur panjang untuk mengisi minyak sebagai persediaan menghadapi peningkatan kos operasi.

Seorang pemandu lori memaklumkan kenaikan harga diesel menambah kos operasi bulanan sehingga mencecah jutaan won, selain ketidaktentuan penghantaran eksport.

Kerajaan Korea Selatan kini melaksanakan pelbagai langkah termasuk subsidi bahan api, kawalan harga serta pelepasan stok simpanan bagi mengekalkan kelancaran rantaian bekalan.

Negara itu bergantung kepada Asia Barat bagi kira-kira 70 peratus bekalan minyak dan gas, sekali gus terdedah kepada gangguan berpanjangan.

Penganalisis memberi amaran kesan kenaikan harga bahan api boleh merebak ke sektor lain dan meningkatkan kos sara hidup pengguna.-REUTERS