Krisis Asia Barat cetus kekurangan bekalan minyak di India

Foto REUTERS

AHMEDABAD, 24 Mac – Orang ramai dilihat beratur panjang di stesen minyak bandar Ahmedabad pada Selasa, susulan kekurangan bekalan bahan api.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gangguan penghantaran tenaga melalui Selat Hormuz menjejaskan India sebagai salah satu pengimport minyak terbesar dunia.
  • Pihak berkuasa menegaskan bekalan minyak mentah dan bahan api bertapis mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik.
  • India bergantung kepada Asia Barat untuk lebih 40 peratus import minyak mentah dan sebahagian besar gas petroleum cecair.

India yang merupakan antara pengimport minyak terbesar dunia terkesan berikutan gangguan penghantaran tenaga melalui Selat Hormuz.

Bandar utama di negeri Gujarat itu menyaksikan peningkatan luar biasa kenderaan beratur di stesen minyak, meskipun pihak berkuasa memberi jaminan bekalan masih mencukupi.

Sebahagian pengguna meluahkan kekecewaan apabila terpaksa beratur panjang sejak beberapa hari lalu.

Kerajaan India bagaimanapun memaklumkan bekalan minyak mentah dan bahan api bertapis adalah mencukupi bagi memenuhi permintaan domestik.

India sebelum ini bergantung kepada Asia Barat bagi lebih 40 peratus import minyak mentah serta sebahagian besar gas petroleum cecair.-REUTERS