
TAIZ, 6 Oktober – Houthi melancar tiga operasi ketenteraan menggunakan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis dan dron terhadap beberapa sasaran di Arab Saudi.
- Yahya mendakwa serangan pertama menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh; menyebabkan gangguan trafik udara.
- Mendakwa operasi kedua menyasarkan loji penapisan Aramco di Rabigh, serangan tepat mengakibatkan kebakaran.
- Houthi mengisytiharkan ruang udara Arab Saudi zon operasi kecuali Mekah dan Madinah, menggesa syarikat penerbangan hentikan laluan.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree mendakwa, serangan pertama menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh.
Menurutnya, serangan itu mengenai sasaran dan menyebabkan gangguan kepada trafik udara.
Operasi kedua pula menyasarkan loji penapisan Aramco di Rabigh.
“Serangan itu tepat dan mengakibatkan kebakaran berlaku di lokasi yang disasarkan,” katanya.
Bagi operasi ketiga, Houthi mendakwa menyasarkan Lapangan Terbang Abha, Pangkalan Udara Khamis Mushait dan kem Aqifa di Asir, selain menyerang beberapa lokasi lain di Najran dan Jizan.
Dalam pada itu, Houthi memberi amaran kepada syarikat penerbangan antarabangsa supaya menghentikan penerbangan menggunakan ruang udara Arab Saudi.
Yahya mendakwa ruang udara negara itu kini menjadi zon operasi kumpulan berkenaan, kecuali kawasan udara di Mekah dan Madinah.
“Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang akibat sekiranya amaran ini tidak diendahkan,” katanya.
Amaran Houthi itu dibuat ketika ketegangan di rantau berkenaan terus meningkat susulan pertempuran yang semakin memuncak di Yaman. – AFP