Guterres gesa gencatan senjata berkekalan di Gaza

Foto AFP

NEW YORK, 6 Oktober – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa gencatan senjata berkekalan di Gaza bagi menamatkan penderitaan rakyat Palestin secepat mungkin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan lebih 74,200 korban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
  • Gencatan singkat Oktober 2025 memberi sedikit kelegaan tetapi tidak menjamin keselamatan atau bantuan kemanusiaan mencukupi.
  • Israel masih menguasai sebahagian besar Gaza dan menuntut pelucutan senjata Hamas; Guterres menyeru laluan politik segera ke arah keamanan berkekalan.

Gesaan itu dibuat menjelang ulang tahun ketiga konflik Israel dengan Palestin sejak 7 Oktober 2023, yang menyaksikan keadaan kemanusiaan di Gaza masih belum menunjukkan pemulihan menyeluruh.

“Sudah tiba masanya bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk dalam skala besar dan undang-undang antarabangsa dihormati,” tegasnya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, operasi ketenteraan Israel sejak 2023 telah mengorbankan lebih 74,200 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Jelas Guterres lagi, gencatan senjata singkat yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Oktober 2025 berhasil membawa sedikit kelegaan.

Bagaimanapun, pelaksanaannya masih belum dapat menjamin keselamatan, bantuan kemanusiaan yang mencukupi atau laluan meyakinkan ke arah pemulihan dan keamanan.

Israel masih menguasai sebahagian besar Gaza dan menetapkan pelucutan senjata Hamas sebagai syarat sebelum pengunduran tenteranya.

Hamas pula mahu proses pelucutan senjata dilaksanakan secara berperingkat dan menolak penyerahan keseluruhan persenjataan secara serta-merta.

Konflik yang berlarutan telah merebak ke beberapa negara lain di Asia Barat, termasuk Lubnan dan Iran.

Guterres menyeru laluan politik diwujudkan segera ke arah keamanan berkekalan di rantau berkenaan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.