Harga minyak jatuh lebih 10% selepas Trump tunda serangan ke atas loji tenaga Iran

Foto REUTERS

NEW YORK, 24 Mac – Harga niaga hadapan minyak mentah jatuh dengan ketara selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menangguhkan serangan ke atas loji tenaga dan kemudahan tenaga Iran selama lima hari.

RINGKASAN BERITA AI
  • Minyak mentah WTI Mei turun AS$10.1 atau 10.28% kepada AS$88.13 setong di NYMEX.
  • Brent crude Mei susut AS$12.25 atau 10.92% kepada AS$99.94 setong di London ICE Futures.
  • Keputusan tersebut meredakan kebimbangan pelabur tentang gangguan bekalan tenaga global.
  • Rundingan dengan Tehran dianggap produktif, mendorong pengurangan ketegangan antara pihak terbabit.

Ia susulan rundingan yang dianggap “produktif” dengan Tehran.

Minyak mentah West Texas Intermediate untuk penghantaran Mei turun 10.1 dolar AS, atau 10.28 peratus, kepada 88.13 dolar AS setong di New York Mercantile Exchange.

Sementara itu, minyak mentah Brent crude bagi penghantaran Mei susut 12.25 dolar AS, atau 10.92 peratus, kepada 99.94 dolar AS setong di London ICE Futures Exchange.

Keputusan Trump itu meredakan kebimbangan pelabur terhadap gangguan bekalan tenaga global yang lebih meluas akibat ketegangan di Asia Barat. – REUTERS