
ROTTERDAM, 13 Ogos — Letupan di sebuah fasiliti penyimpanan produk petroleum di Pelabuhan Rotterdam, Belanda, mengorbankan seorang dan mencederakan enam yang lain, pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
- Letupan berlaku semasa kerja penyelenggaraan pada salah satu tangki simpanan syarikat Gunvor.
- Pihak polis menyatakan tiada petunjuk awal sabotaj dan semua kemungkinan sedang disiasat.
- Pelabuhan Rotterdam adalah hab utama Eropah bagi import dan penyimpanan minyak mentah serta bahan api.
Syarikat perdagangan komoditi tenaga, Gunvor berkata kejadian berlaku ketika kerja penyelenggaraan dijalankan pada salah satu tangki simpanannya.
Jurucakap polis berkata tiada petunjuk awal menunjukkan kejadian itu berpunca daripada sabotaj dan semua kemungkinan sedang disiasat.
Letupan berlaku kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan.
Gunvor berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam siasatan kejadian.
Pelabuhan Rotterdam merupakan pelabuhan terbesar di Eropah dan hab utama import serta penyimpanan minyak mentah dan bahan api. – REUTERS