Ketua polis Gaza City maut dalam serangan udara Israel

Kenderaan yang dinaiki ketua polis Gaza City terbakar selepas terkena serangan udara Israel di Gaza City/Foto REUTERS

GAZA, 13 Ogos — Ketua pasukan polis Gaza City, Jamal Abu Kmail terbunuh dalam serangan udara Israel pada Khamis, manakala dua lagi cedera parah dalam serangan terhadap sebuah kenderaan di barat Gaza City.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Israel setakat ini belum mengeluarkan kenyataan mengenai serangan itu.
  • Serangan udara di barat Khan Younis mengorbankan dua penunggang motosikal, seorang lagi cedera.
  • Israel berkata serangan menyasarkan seorang komander Hamas yang didakwa merancang serangan terhadap tenteranya.
  • Pegawai melaporkan peningkatan serangan terhadap pasukan polis berkaitan Hamas sejak gencatan senjata Oktober, menyebabkan puluhan terbunuh.

Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Hamas turut mengesahkan kematian Kolonel Jamal Abu Kmail dan menyifatkannya sebagai pembunuhan oleh Israel.

Tentera Israel setakat ini belum mengeluarkan kenyataan berhubung serangan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, serangan udara Israel di kawasan barat Khan Younis, selatan Gaza, turut mengorbankan dua individu yang menaiki motosikal, manakala seorang lagi cedera.

Tentera Israel berkata serangan itu menyasarkan seorang komander Hamas yang didakwa sedang merancang serangan terhadap anggota tenteranya.

Serangan terbabit merupakan kematian pertama dilaporkan dalam tempoh lebih seminggu, ketika tentera Israel mengurangkan serangan bersasar di Gaza susulan tekanan Amerika Syarikat.

Menurut pegawai keselamatan dan kesihatan, Israel meningkatkan serangan terhadap anggota pasukan polis yang diketuai Hamas sejak gencatan senjata bermula pada Oktober, menyebabkan puluhan anggota terbunuh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.