Bil import bahan api Sri Lanka meningkat lebih 60 peratus hingga Ogos

Foto AFP

COLOMBO, 4 Oktober – Perbelanjaan Sri Lanka bagi import bahan api meningkat ketara dalam tempoh lapan bulan pertama 2026 kepada US$4.07 bilion, menurut laporan Bank Pusat Sri Lanka bertarikh 30 Sept, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbelanjaan import bahan api pada Ogos US$450.6 juta, meningkat 76.5% berbanding Ogos 2025.
  • Peningkatan Ogos berjumlah US$195.4 juta berbanding bulan sama tahun sebelumnya.
  • Perbelanjaan untuk petroleum bertapis pada Ogos US$321.9 juta, berbanding US$202.9 juta setahun lalu.
  • Jumlah import barangan pada Ogos mencecah US$1.91 bilion, naik 12.8% tahun ke tahun.

Jumlah itu US$1.55 bilion lebih tinggi berbanding US$2.52 bilion yang dibelanjakan dalam tempoh sama pada 2025, mencatatkan peningkatan 61.6 peratus tahun ke tahun, menurut portal berita tempatan Ada Derana.

Pada Ogos sahaja, import bahan api menelan belanja US$450.6 juta, meningkat 76.5 peratus berbanding US$255.2 juta pada Ogos 2025. Peningkatan itu berjumlah US$195.4 juta berbanding bulan sama tahun lepas.

Daripada keseluruhan perbelanjaan import bahan api pada Ogos, sebanyak US$321.9 juta dibelanjakan bagi produk petroleum bertapis berbanding US$202.9 juta setahun sebelumnya.

Peningkatan perbelanjaan bahan api itu berlaku ketika jumlah import barangan Sri Lanka mencecah US$1.91 bilion pada Ogos, meningkat 12.8 peratus tahun ke tahun.

Jumlah import barangan dalam tempoh lapan bulan pertama meningkat 24.1 peratus kepada US$16.56 bilion, menurut bank pusat itu. – BERNAMA-XINHUA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.