Azerbaijan larang wilayahnya digunakan untuk serang Iran

Foto REUTERS

BAKU, 30 Januari – Azerbaijan tidak akan sesekali membenarkan ruang udara atau wilayahnya digunakan oleh mana-mana negara untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap negara jirannya, Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Azerbaijan menolak sebarang penggunaan ruang udara atau wilayahnya untuk serangan ke atas Iran.
  • Negara itu bimbang tentang peningkatan ketegangan serantau dan menyeru pengelakan konfrontasi.
  • Azerbaijan menekankan penyelesaian melalui dialog, diplomasi dan undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar, Jeyhun Bayramov dalam kenyataan menegaskan, peningkatan ketegangan baru-baru ini di rantau ini merupakan satu perkara yang membimbangkan.

Sehubungan itu, Azerbaijan sentiasa menekankan keperluan semua pihak untuk mengelak sebarang konfrantasi yang boleh membawa kepada ketidakstabilan di Iran dan rantau sekitarnya.

Azerbaijan turut menekankan kepentingan menyelesaikan isu melalui dialog dan cara diplomatik selaras dengan peraturan dan prinsip undang-undang antarabangsa.

Terdahulu, Bayramov mengadakan panggilan telefon dengan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi bagi menyatakan pendirian berkenaan.