Tehran akan bertindak serta-merta jika diserang AS

Iran bersiap sedia menghadapi kemungkinan diserang Amerika Syarikat. Foto/AFP

TEHRAN, 30 Januari – Iran akan bertindak balas segera sekiranya negara tu diserang Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran ancam tindak balas segera terhadap sebarang serangan AS, menekankan kesiapsiagaan ketenteraan.
  • Jabatan tentera nyatakan kapal pengangkut pesawat dan pangkalan AS adalah sasaran yang berisiko.
  • Ketegangan meningkat selepas pertimbangan tindakan ketenteraan oleh AS susulan protes dalam Iran.

Jurucakap tenteranya, brigedier jeneral Mohammad Akraminia memberi amaran pangkalan tentera AS di rantau itu atau kapal pengangkut pesawat boleh menjadi sasaran mereka.

“Tindak balas tegas akan dilakukan serta-merta. Kapal pengangkut pesawat AS mempunyai kelemahan yang serius. Malah banyak pangkalan AS dalam lingkungan peluru berpandu jarak sederhana kami.

“Sekiranya AS menyerang, AS akan berdepan kesukaran dan mereka tidak mampu menjalankan operasi pantas selama dua jam,” katanya dalam siaran rasmi televisyen negara.

Terdahulu, Presiden Donald Trump berkata, pihaknya sedang meneliti kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Ia susulan laporan berterusan mengenai tindakan keras terhadap gelombang protes besar-besaran anti-kerajaan di negara itu.

Bagaimanapun tindakan mahu menyerang Tehran ditentang beberapa negara di Asia Barat kerana ia berpotensi mencetuskan konflik yang lebih meluas. -AFP