Nora Lyana rangkul juara Kategori Wanita, Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Thailand

Pemain boling wanita negara, Nora Lyana Nastasia Norkamal

KUALA LUMPUR, 20 April – Pemain boling wanita negara Nora Lyana Nastasia Norkamal berjaya merangkul kejuaraan dalam kategori wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Thailand 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dalam aksi final stepladder di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Nora menundukkan New Hui Fen 474 berbanding 353 jatuhan pin bagi dua permainan.
  • Dia bersyukur meraih gelaran ini buat kali ketiga dan merasa ia suntikan semangat menjelang Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional tahun ini.
  • Kemampuan mengharungi keadaan lorong yang mencabar hingga ke penghujung benar-benar dirasainya sebagai satu rahmat.
  • Nora mahu meneruskan momentum sepanjang tahun dan tampil cemerlang menjelang Kejohanan Asia 2026 di Doha, Qatar.

Dalam aksi final stepladder yang mendebarkan di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Bangkok, Nora Lyana menundukkan pemain Singapura New Hui Fen dengan 474 jatuhan pin bagi dua permainan.

Hui Fen hanya mencatatkan 353 jatuhan pin.

”Saya amat bersyukur kerana dapat meraih gelaran ini buat kali ketiga, ia begitu bermakna, lebih-lebih lagi kerana memberikan suntikan semangat menjelang Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA) tahun ini.

”Keupayaan mengharungi keadaan lorong yang mencabar dan mara hingga ke penghujung benar-benar saya rasa bagaikan satu rahmat,” katanya ketika dihubungi.

Nora Lyana juga berharap dapat meneruskan momentum tersebut sepanjang tahun dan menampilkan prestasi cemerlang menjelang Kejohanan Asia 2026 pada November di Doha, Qatar.-BERNAMA