Arab Saudi, tujuh negara Islam setuju sertai inisiatif Lembaga Keamanan Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump/REUTERS

RIYADH, 22 Januari – Arab Saudi bersama tujuh negara Islam lain termasuk Qatar dan Turki, yang berperanan sebagai perantara konflik Gaza, bersetuju menyertai inisiatif “Lembaga Keamanan” iaitu inisiatif oleh Presiden AS, Donald Trump, menurut Kementerian Luar Saudi pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arab Saudi dan tujuh negara Islam lain bersetuju sertai inisiatif "Lembaga Keamanan" dipelopori Presiden AS Donald Trump.
  • Langkah itu dianggap sokongan terhadap usaha keamanan Trump menangani konflik Gaza.
  • Lembaga perluasan mandat melebihi Gaza dan berpotensi bersaing dengan PBB, menimbulkan kritikan antarabangsa.
  • Beberapa negara menolak penyertaan; Perancis enggan, manakala isu penyertaan diplomat Turki dan Qatar menimbulkan bantahan.

Dalam satu kenyataan , Riyadh menyatakan keputusan bersama menteri luar Saudi, Qatar, Turki, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyertai badan itu merupakan sokongan terhadap “usaha keamanan” Trump bagi menangani konflik di Gaza.

Jemputan telah dihantar kepada puluhan pemimpin dunia, disertai permintaan sebanyak AS$1 bilion untuk mendapatkan kerusi tetap dalam lembaga itu.

Kenyataan Saudi tidak menyebut sebarang pembayaran secara spesifik.

Meskipun pada asalnya lembaga berkenaan bertujuan mengawasi usaha pembinaan semula Gaza, piagamnya dilihat tidak terhad kepada wilayah Gaza sahaja dan berpotensi bersaing dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), sekali gus menimbulkan kemarahan beberapa sekutu AS termasuk Perancis.

Langkah berkenaan juga berlaku ketika wujud konflik antara UAE dan Saudi, yang kedua-duanya berusaha menarik perhatian pentadbiran Trump melalui janji pelaburan dan perjanjian perniagaan.

Perancis telah menyatakan tidak akan menyertai lembaga tersebut.

Manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menerima jemputan itu.

Namun, membantah penyertaan Menteri Luar Turki, Hakan Fidan, dan diplomat Qatar, Ali Al-Thawadi, dalam “Lembaga Eksekutif Gaza yang beroperasi di bawah inisiatif itu. – AFP