Enam maut dalam serangan Israel di selatan Lubnan

Foto AFP

BEIRUT, 12 Mei – Enam orang terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera dalam serangan tentera Israel ke atas sebuah bandar di selatan Lubnan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertempuran berterusan walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa.
  • NNA melaporkan serangan mengenai sebuah rumah di Kfar Dounine, kira-kira 95 kilometer dari Beirut.
  • Israel meningkatkan serangan di selatan Lubnan sambil berbalas tembakan dengan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran.
  • Pihak berkuasa kesihatan lapor lebih 2,800 maut sejak 2 Mac; pemimpin Lubnan gesa duta AS tekan Israel hentikan serangan.

Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan, serangan rejim Zionis pada malam Isnin mengenai sebuah rumah di Kfar Dounine – sebuah bandar yang terletak kira-kira 95 kilometer dari ibu negara, Beirut.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital di bandar pesisir, Tyre.

Israel meningkatkan serangannya di selatan Lubnan ketika ia terus berbalas tembakan dengan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran, walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa sejak 17 April lalu yang bertujuan menghentikan pertempuran.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, lebih 2,800 orang terbunuh di Lubnan sejak negara itu terheret ke dalam perang di Asia Barat pada 2 Mac.

Baru-baru ini, pemimpin Lubnan menggesa duta Amerika Syarikat ke Beirut supaya memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan sepanjang tempoh gencatan senjata.

NNA pada Selasa turut melaporkan serangan berhampiran beberapa bandar lain di selatan Lubnan, manakala tentera rejim mengarahkan pemindahan penduduk dari bandar Sohmor di Lembah Bekaa, timur Lubnan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.