
LONDON, 16 April – Amerika Syarikat (AS) akan menghantar ribuan lagi tenteranya ke Asia Barat dalam beberapa hari akan datang.
- Usaha untuk memberi tekanan terhadap Iran agar mencapai perjanjian menamatkan perang yang berlarutan lebih enam minggu.
- Penghantaran terbaharu merangkumi kira-kira 6,000 anggota ditempatkan di kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush dengan kapal perang pengiring.
- Tambahan 4,200 anggota Kumpulan Kesiapsiagaan Amfibia Boxer dan Unit Ekspedisi Marin ke-11 dijangka tiba menjelang akhir April.
- Kira-kira 50,000 anggota AS kini di Asia Barat; pentadbiran Trump mempertimbangkan serangan tambahan atau operasi darat jika ketegangan memuncak.
Ia usaha memberi tekanan terhadap Iran agar mencapai perjanjian untuk menamatkan perang yang berlarutan lebih enam minggu.
Menurut laporan media tempatan, pegawai AS memaklumkan bahawa penghantaran terbaharu itu merangkumi kira-kira 6,000 anggota.
“Mereka akan ditempatkan di atas kapal pengangkut pesawat USS George H.W. Bush bersama kapal perang pengiringnya.
“Selain itu, tambahan 4,200 anggota daripada Kumpulan Kesiapsiagaan Amfibia Boxer serta Unit Ekspedisi Marin ke-11 dijangka tiba menjelang akhir April,” katanya.
Ketika ini, kira-kira 50,000 anggota tentera AS berada di Asia Barat untuk melaksana operasi berkaitan Iran.
Pegawai berkenaan turut memberitahu, pentadbiran Presiden Donald Trump sedang mempertimbang kemungkinan serangan tambahan atau operasi darat jika ketegangan terus memuncak. – REUTERS