
JEDDAH, 16 April – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif tiba di sini pada Rabu bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Asia Barat.
- Lawatan melibatkan tiga negara: Arab Saudi, Qatar dan Turkiye.
- Perbincangan di Arab Saudi termasuk pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
- Fokus perbincangan: keselamatan Selat Hormuz dan pusingan kedua rundingan antara AS dan Iran.
- Rundingan AS-Iran di Islamabad minggu lalu merupakan yang pertama dalam lebih sedekad; tiada perjanjian rasmi dicapai.
Lawatan itu melibatkan tiga negara termasuk Arab Saudi, diikuti Qatar dan Turkiye.
Di Arab Saudi, beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Fokus perbincangan bukan sahaja tertumpu kepada isu-isu berkepentingan dua hala, malah merangkumi perkembangan serantau dan global.
Ini termasuk situasi keselamatan di Selat Hormuz, selain pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran.
Arab Saudi dilihat sebagai pemain utama dalam sebarang usaha diplomatik berkaitan Iran, memandangkan peranan strategiknya dalam dunia Arab dan hubungan rapatnya dengan AS.
Rundingan antara AS dengan Iran di Islamabad minggu lalu merupakan yang pertama diadakan kedua-dua pihak dalam tempoh lebih sedekad, bertujuan menamatkan pertempuran lebih sebulan.
Bagaimanapun, tiada perjanjian rasmi dicapai selepas rundingan intensif selama 21 jam itu.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa Washington dan Tehran berkemungkinan kembali ke Islamabad minggu ini untuk rundingan lanjut. – AFP