
WASHINGTON, 16 April – Amerika Syarikat (AS) sedang membincangkan kemungkinan mengadakan pusingan kedua rundingan damai dengan Iran.
- Perbincangan untuk pertemuan bersemuka masih berjalan dan belum dimuktamad.
- Jika rundingan lanjut dipersetujui, ia berkemungkinan besar diadakan di Pakistan.
- Presiden Trump menetapkan syarat tegas; AS mahu Iran menerima tuntutan demi kepentingannya.
- Pusingan pertama di Islamabad lebih 20 jam dan berakhir tanpa persetujuan kerana isu nuklear dan Selat Hormuz.
Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt berkata, perbincangan ke arah pertemuan bersemuka masih berjalan, namun belum dimuktamad.
“Sekiranya rundingan lanjut dipersetujui, ia berkemungkinan besar diadakan di Pakistan, lokasi sama seperti sebelum ini,” katanya.
Jelasnya lagi, Presiden Donald Trump sebelum ini telah menetapkan syarat yang tegas dalam rundingan berkenaan dan Iran wajar menerima tuntutan yang dikemuka demi kepentingannya.
AS akan terus memantau perkembangan rundingan sebelum melaksana tindakan selanjutnya.
Pusingan pertama rundingan AS dengan Iran di Islamabad pada 11 dan 12 April lalu berlangsung lebih 20 jam.
Bagaimanapun, ia berakhir tanpa persetujuan susulan perbezaan dalam isu utama termasuk program nuklear Iran dan Selat Hormuz. – AFP