
KAHRAMANMARAS, 16 April – Angka korban insiden tembakan di sebuah sekolah di sini pada Rabu meningkat kepada sembilan orang.
- Lapan daripada mangsa maut adalah pelajar manakala seorang lagi merupakan guru.
- Seramai 13 lagi individu cedera dengan enam daripadanya kini dirawat di unit rawatan rapi.
- Penyerang gred lapan melepaskan tembakan di dua bilik darjah, menembak dirinya sendiri, dipercayai menggunakan lima pistol dan tujuh kelongsong.
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Mustafa Ciftci mendedahkan, lapan daripada mangsa yang maut adalah pelajar manakala seorang lagi merupakan guru.
“Seramai 13 lagi individu cedera dengan enam daripadanya kini dirawat di unit rawatan rapi,” katanya.
Ketika kejadian, penyerang yang merupakan pelajar gred lapan, melepaskan tembakan di dua bilik darjah di Sekolah Menengah Ayser Calik.
Penyerang kemudian menembak dirinya sendiri selepas melakukan serangan tersebut.
Siasatan awal mendapati, suspek menggunakan lima pucuk pistol dan tujuh kelongsong dipercayai milik bapanya yang merupakan bekas pegawai polis.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan. – AFP