fb fb fb fb fb

Permodalan pasaran Bursa Malaysia, cecah paras tertinggi baharu

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 Mei- Permodalan pasaran Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi baharu didorong prestasi ekonomi suku pertama yang lebih baik berbanding jangkaan awal.

Ketika dagangan berakhir semalam, permodalan pasaran melonjak kepada RM2.06 trilion, kadar tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Bursa Malaysia menerusi laman sosialnya memaklumkan, aliran meningkat pasaran saham turut disokong data Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat yang mereda.

Indeks penanda aras FBM KLCI turut mengatasi prestasi bursa serantau sejak awal tahun ini.

FBM KLCI juga merekodkan hasil dividen tertinggi berdasarkan indeks serantau, di samping bursa STI Singapura.

Pada itu mengakhiri dagangan petang tadi pada 1,622.09 mata.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE