
KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 berlaku di Indian Ridge Tengah pada 8.23 malam ini, pada kedalaman 10 kilometer.
RINGKASAN BERITA AI
- Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
- Koordinat kejadian: 0.3 darjah Selatan, 19.5 darjah Barat.
- Kira-kira 3,193 kilometer ke selatan Las Palmas, Sepanyol.
- Penilaian awal MetMalaysia: tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 0.3 darjah selatan dan 19.5 darjah barat, kira-kira 3,193 kilometer ke selatan Las Palmas, Sepanyol.
Menurut penilaian awal MetMalaysia, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.