Sekolah di Sabah ditutup jika IPU lebih 150 tiga hari berturut-turut

Kerajaan Negeri Sabah

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Kerajaan Negeri Sabah mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut, ditutup buat sementara waktu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, mengumumkan langkah.
  • Langkah diambil untuk melindungi murid dan guru daripada kesan buruk jerebu terhadap kesihatan.
  • Tindakan ini selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
  • Semua sekolah di seluruh Tawau diarahkan tutup mulai esok berikutan jerebu semakin buruk.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata langkah itu diambil bagi melindungi murid dan guru daripada kesan buruk jerebu terhadap kesihatan.

“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan (KPM) susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Zainudin berkata setakat ini, semua sekolah di seluruh Tawau diarahkan tutup mulai esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di kawasan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.